1. Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi
Permohonan skim latihan tenaga pengajar program matrikulasi

SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI DI BAWAH PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA TAHUN 2018. SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI DI BAWAH PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA TAHUN 2018. Pastikan anda telah membaca iklan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda dan memenuhi semua syarat ditetapkan. TATACARA PERMOHONAN: 1. Hebahan Panggilan Temu Duga Bagi Calon Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (Sltppm) Untuk Lantikan Ke Jawatan. The Tools And Techniques Of Judicial Creativity And Precedent.

Cat 12 h grader manual

Berita Harian

Oleh Syuhada Choo Abdullah

Pelajar dipilih ikuti ijazah di 5 universiti berprestij United Kingdom
SERAMAI 50 lulusan cemerlang Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran akan dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka luar negara menerusi Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi, tahun depan.
Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata bilangan itu meningkat lebih sekali ganda berbanding hanya 21 pelajar dihantar tahun ini dan 18 pada tahun lalu.

Katanya, pelaksanaan itu adalah salah satu agenda pengantarabangsaan program matrikulasi yang menjadi antara fokus utama bahagian berkenaan dalam Pelan Strategik Jangka Panjang.
Sambil menjelaskan penghantaran tahun ini sudah berlepas pada 21 September lalu, beliau berkata, pelajar terpilih itu mengikuti pengajian ijazah pertama dalam bidang sains di lima universiti berprestij United Kingdom.
Universiti terbabit ialah University of Surrey, University of Nottingham, University of Birmingham, University of Manchester dan King's College, University of London.

Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi

'Menerusi jalinan kerjasama dimeterai sejak 2006, universiti terbabit berkeyakinan untuk memberi keistimewaan kemasukan terus kepada lulusan cemerlang Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran,' katanya.
Peraturan sedia ada di United Kingdom mensyaratkan pelajar tempatan dan antarabangsa menjalani saringan ujian Perkhidmatan Kemasukan Universiti dan Kolej (UCAS) sebelum layak memasuki mana-mana universiti negara itu.
'Pihak universiti terbabit bersetuju memberi laluan kemasukan terus khas kepada lulusan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran selepas meneliti dan yakin terhadap kualiti kurikulum program ini.
'Selain itu, ia juga atas dasar kepercayaan kepada jaminan bahagian ini untuk hanya menghantar lulusan terbaik yang mampu mengikuti pengajian dengan cemerlang.
'Ternyata pelajar yang dihantar berjaya membuktikan prestasi pencapaian tinggi. Malah, tinjauan terhadap kumpulan pertama mendapati seorang daripada empat pelajar yang mengikuti pengajian bidang Fizik di University of Surrey menduduki tempat teratas dalam peperiksaan akhir semester, manakala yang lain memasuki senarai tujuh terbaik,' katanya kepada Berita Harian.
Dalam konteks ini, Zainal Abidin berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM500,000 untuk setiap pelajar berkenaan yang ditaja menerusi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke universiti luar negara.
Katanya, pelajar dihantar ke United Kingdom akan mengikuti pengajian ijazah pertama selama tiga tahun dan setahun lagi menjalani latihan perguruan lepasan ijazah di sekolah negara itu.